Daisypath Anniversary tickers
Wishlist:

1. Notebook Dell Studio 15 i7 processor Done
2. Microsoft Mouse Arc cordless, RM190-RM200
3. Latest iPhone 32GB
4. Notebook MacBookPro for multimedia editing
5. Quicksilver 16' Gadget Bag, RM259
6. External HDD 1.5 TB (Seagate)
7. Nooka Watch, RM499
8. Quicksilver Cap RM60
9. thats for now

028 - Apa itu Flu Babi?

Aku ke hospital bberapa minggu yang lepas angkara suspek 1 kelas disyaki FLU BABI. So ak nak advertise ckit FLU BABI nie..

Apa itu H1N1?
Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu
(selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi/khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi) dan telah evolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air borne' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah virus yang air borne, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host
(badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan 'air ventilation' yang baik akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa Yang Perlu Tahu
Asal virus ini sebenarnya telah terdapat outbreak di US sebelum terjadi outbreak di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbreak ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbreak di Mexico.

Virologi Virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4.

H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan
(seperti selsema burung dan SARS). Peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa Yang Berisiko?
1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan yang mengandung
3. Orang yang ada asma
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani operation yang besar, kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas

Simptom-simptom
Hari 1 : Rasa kurang sihat, tak bermaya
Hari 2 : Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 : Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 : sakit dada yang teruk..jumpa doktor dengan segera
Hari 5 & seterusnya : Lung collapse @ koma

Langkah-langkah Kawalan
1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4. Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk org yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!! Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan wujud seawal-awalnya pada oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Amin.

Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kem Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009.

3 kata²:

azree said...

kiranya ak nie berkemungkinan besar kne h1n1...
hak~...
penuh ngan informasi...

mizie0o0 said...

haha.
ape symptom² yg ada kt ko?

sinaas said...

kcian ko kna jdi suspek utama lak..hehe..
len kali jga kshatan..jgn lpa bsuh tngan..hihi...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails