Daisypath Anniversary tickers
Wishlist:

1. Notebook Dell Studio 15 i7 processor Done
2. Microsoft Mouse Arc cordless, RM190-RM200
3. Latest iPhone 32GB
4. Notebook MacBookPro for multimedia editing
5. Quicksilver 16' Gadget Bag, RM259
6. External HDD 1.5 TB (Seagate)
7. Nooka Watch, RM499
8. Quicksilver Cap RM60
9. thats for now

022 - Kelebihan Solat Tarawikh

masjid


1. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawikh, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawikh itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawikh akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawikh malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawikh sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kesembilan
Allah S..W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawikh serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawikh pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawikh pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawikh Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawikh pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

6 kata²:

amad.elmakias said...

bro,cane nk wat pic yg ade line2 cam kt header ko tu ea?

mizie0o0 said...

owh header tu erk.
gne photoshop la.
ader tutorial nye.
insyaallah.
kalo ak rajin ak wat tutorial tuh mlm nie.
kalo berkesempatan ye!

Natasha said...

alamak takde chatbox plak! haha... belasah taip sini je lah. anyways, i got your blog link from your comment in my myspace. hehe.

http://www.myspace.com/tashaleow

salam ziarah :)

mizie0o0 said...

thanx ey natasha coz sudi msuk blog nie.
hehe.

amad elmakias said...

ok. im waitin 4 the tutorial.

mizie0o0 said...

http://mrmizie0o0.blogspot.com/2009/08/027-tutorial-header-blog-nie.html

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails